Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – ‘Kasihanilah mereka’, itu rayu Ahli Parlimem pembangkang, Fahmi Fadzil apabila polis mengeluarkan denda RM1,000 ke atas lapan individu yang membuat perjalanan bersama untuk membeli makanan di Sabah.

Menurut beliau, mereka hanya ingin membeli makanan dan ubat dan bukannya mahu menghadiri program politik.

“Mereka bukan buat program politik ke sana ke sini mengharapkan pingat dan selempang. Mereka cuma nak ke pekan beli ubat dan makanan,” katanya di Twitter beliau hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu merujuk kepada laporan media yang mana lapan penduduk termasuk pemandu ‘kereta sapu’ dikompaun ketika dalam perjalanan dari sebuah kampung pedalaman di Tenom.

Dalam kejadian 27 Januari lalu, lapan penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50 peratus penumpang seperti ditetapkan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata, pemandu seharusnya memberi nasihat kepada penduduk kampung agar tidak melanggar larangan perjalanan atau menawarkan untuk membuat perjalanan secara berasingan. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Pemandu nak cari duit minyak lagi ramai lagi banyak lah dapatnya . Kalau sorang kira carter lah pulak tak mampu orang kampong nak bayar. Kerajaan patut fikir kesusahan rakyat

  2. Patutnya saman pemandu itu biar banyak sikit, siapa suruh ambil lebih penumpang. Bas,MRT,LRT,Monorel dan Komuter kena selalu juga di pantau oleh pihak berkuasa. Pihak pembangkang bila polis tegas dijadikan isu, bila polis buat pejam mata kata makan gaji buta. Cuba lah ahli politik mebantu polis untuk bagi kesedaran patuhi SOP pada rakyat itukan leboh bagus.

  3. Bertambahlah duit masuk kantung negara untuk PM GAGAL ABAHLEMBU..Dan lepas la nak bayar duit projek kat menantu..

  4. Ada SOP kena ikut, bukan buat bodoh. Kalau susah minta bantuan dan pertolongan, bukan membahayakan nyawa orang lain.

    Bukan macam korang… Ikut suka. Dah tibai bonto*, pass tu minta YDPA Ampunkan. Kat Allah pulak takutttttt nak buat sumpah LAKNAT sebab memang LAHANAT.

    PHARUUPUN AKAN TETAP BANGKANG…ALLAH PUN KO BANGKANG… DENGAN KAFIR ITU HARAM DIJADIKAN PEMIMPIN, TAPI ENGKORANG BANGKANG ALLAH, KORANG KATA BOLEH ATAS SEBAB SEBAB YG KORANG SENDIRI HALALKAN

Comments are closed.