Prosuder standard operasi (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan majlis keramaian tidak boleh diadakan dalam tempoh PKP.

KUALA LUMPUR – Majlis pertunangan pelakon Elisya Sandha dengan anak sulung penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada Ahad lalu kini menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Ini kerana timbul isu apabila segelintir netizen mempersoalkan majlis pertunangan pasangan itu yang diadakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai yang rasa hairan bagaimana mereka boleh mengadakan majlis pertunangan dihadiri keluarga masing-masing sedangkan prosuder standard operasi (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan majlis keramaian tidak boleh diadakan dalam tempoh itu.

Ramai yang berkongsi komen-komen tidak berpuas hati terhadap perkara tersebut tambahan lagi ramai yang terpaksa menunda tarikh istimewa mereka disebabkan PKP.

Bahkan, ada yang menyindir menyatakan ‘SOP untuk rakyat marhaen sahaja’. – MalaysiaGazette

Prosuder standard operasi (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara.