Muhamad Khanafi Husin melancarkan kempen Promosi Pemilikan Banglo IBS 2021 di Cyberjaya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Al Ansar IBS PLT (Al Ansar), syarikat kontraktor perumahan yang menggunakan  kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) mensasarkan RM10 juta sehingga hujung tahun ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, nilai itu bersama dengan jumlah 70 unit banglo menerusi  kempen Promosi Pemilikan Banglo IBS 2021 (BIOC 2021).

Beliau berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut tercapai walaupun negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 kerana situasi tersebut tidak menjejaskan industri pembinaan di negara ini.

“Selepas hampir setahun kita menjalani kehidupan dalam norma baharu angkara wabak Covid-19 namun aktiviti pembinaan tidak terganggu dan berjalan dengan lancar.

“Ini disebabkan pemilikan rumah adalah keperluan tanpa mengira situasi. Pada masa yang sama bakal pembeli telah mempunyai bajet berkaitan.

“Keadaan ini ada hubung kaitnya dengan kempen yang menyasarkan golongan berusia 55 tahun dan ke atas sejak empat tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Majlis pelancaran kempen itu diadsakan secara dalam talian di media sosial baru-baru ini.

Kata Muhamad Khanafi, kempen pemilikan banglo IBS  bermula bulan ini sehingga 31 Mac depan yang mensasarkan nilai RM3 juta dengan jumlah 20 unit banglo bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai memiliki kediaman di usia emas.

“Di samping itu strategi Al Ansar yang mengekalkan projek kediaman di atas tanah sendiri atau atas Tanah Rezab Melayu siap dibina kurang daripada enam bulan turut mendorong permintaan meningkat. Pada masa yang sama kami juga ditawarkan membina bangunan komersial, madrasah dan bangunan pusat pendidikan di beberapa buah negeri.

“Contohnya projek pembinaan pusat Tahfiz di Bentong dan pembinaan 20 unit banglo di Kuantan, kedua-duanya terletak di  Pahang dan kini dalam perbincangan fasa akhir,” ujarnya.

Muhamad Khanafi Husin (kiri) dan Pengurus Besar Al Ansar, Farizal Tumiran ketika melancarkan kempen Promosi Pemilikan Banglo IBS 2021

Sehubungan itu kata Muhamad Khanafi, sebagai menghargai sokongan tersebut, pihaknya melancarkan kempen dengan tawaran diskaun dan hadiah iringan yang berbaloi.

“Kempen promosi ini akan berlangsung lebih kurang dua bulan  dengan tawaran pengurangan harga binaan serta  hadiah bernilai hampir RM50,000 melalui pelbagai barangan dan perkhidmatan pembinaan yang kosnya ditanggung Al-Ansar.

“Mengekalkan tradisi pemberian kediaman baharu seperti kipas dan lampu,  televisyen LED 40  turut diberikan, juga  kabinet dapur jenis melamine berukuran panjang lapan kaki, perjanjian pembinaan dan perlindungan takaful rumah dan perabot selama setahun serta kornis syiling di ruang tamu,ruang keluarga dan ruang makan,” katanya.

Melalui kempen, lima rekaan iaitu Sumayah, Teratai, Sofea, Tulip dan Akasia dengan kos pembinaan serendah RM110,000 hingga RM290,000 dengan masing-masing mempunyai tiga hingga empat  bilik, rekaan menarik dan moden diberi tumpuan.

“Rebut peluang kempen awal tahun ini untuk membina banglo idaman walaupun di musim pandemik kerana selepas ini setiap kempen berbeza tawarannya. Terutama kepada golongan yang bakal atau telah bersara dan mahu membina kediaman di tanah milik sendiri di kampung halaman.

“Kempen ini adalah rentetan daripada kejayaan  Galeri Virtual yang dilancarkan akhir tahun lalu dan kini telah dikunjungi  lebih 3 juta pelayar. Dikenali sebagai Virtual Galeri Banglo IBS yang dibangunkan menggunakan platform aplikasi maya dengan  format 3D dan pandangan sisi 360 darjah, Kunjungan boleh dilakukan dengan melayari http://bangloibs.my/virtual/, katanya.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +601156610669  untuk keterangan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast