Villas Boas dipecat tak sampai 24 jam selepas menyerahkan surat perletakan jawatan ketua jurulatih Marseille pada petang Selasa

PARIS – Pemilik Kelab Marseille memecat Ketua Jurulatih pasukan itu, André Villas-Boas serta merta hari ini.

Tindakan itu menyusul kerana didakwa mengkritik pembelian Olivier Ntcham dari Celtic tanpa pengetahuannya.

Pemecatan itu dilakukan tidak sampai 24 jam selepas Villas Boas mengemukakan surat perletakan jawaran secara sukarela akibat kecewa dengan tindakan kelab berikutan pembelian pemain baharu itu.

Semalam pada sidang media, Villa-Boas secara terbuka mendedahkan bahawa dia telah menyerahkan surat peletakan jawatankepada pengurusan Marseille.

“Saya telah menyerahkan surat letak jawatan kepada pengurusan tertinggi kerana mereka membeli pemain yang tidak sesuai dan di luar pengetahuan saya selaku ketua jurulatih pasukan ini.

“Lagipun tindakan kelab bercanggah dengan polisi sukan yang diamalkan selama ini dan tidak berbincang dengan saya berkaitan perkara merekrut pemain baharu.

“Saya tidak harapkan apa-apa termasuk wang daripada kelab ini, sebaliknya saya mahu tinggalkan segera kelab ini dan bebas dari cengkaman,” katanya.

Namun rayuan Villa-Boas tidak dilayan Marseille apabila memilih untuk memecat Ketua Jurulatih itu.

Dalam kenyataan rasminya, kelab itu menjelaskan bahawa tindakan pemecatan itu susulan tindak tanduk Villa-Boas yang bercanggah dan merosakkan reputasi kelab dan kakitangannya.

“Tindakan pelaburan kelab dalam merekrut pemain baharu tidak seharusnya disoal sesiapapun termasuk Ketua Jurulatih pasukan (Villas Boas),” kata kelab itu. – MalaysiaGazette