Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengamalkan perbelanjaan negara dengan mengambil penekanan secara berhemah, bukan melaksanakan belanjawan ikat perut.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, kerajaan itu mengutamakan kebajikan rakyat dengan cadangan menaikkan bantuan RM1,000 kepada orang susah.

Beliau berkata, PN juga harus sedar, pada zaman beliau sebagai Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi negara ketika itu dianggap sebagai ajaib.

Bagaimanapun, katanya, sebaik berlaku pertukaran kerajaan daripada PH kepada PN Mac tahun lalu, keadaan ekonomi negara sekarang digantikan dengan kegusaran rakyat.

“Kerajaan PN lupa dengan rintihan rakyat yang merana hidup dalam kelembapan ekonomi yang dihadapi sekarang.

“Kalau tanya saya bagaimana hendak pulihkan, saya kata, PN mesti laksanakan dasar ekonomi yang radikal, jangan dibelenggu dengan sasaran defisit.

“Yang perlu diberi tumpuan sekarang ialah bagaimana hendak selamatkan pekerjaan dan kehidupan rakyat,” katanya sebagai panel diskusi “Masa Depan Malaysia: Di Mana Kita” anjuran Majlis Profesor Negara (MPN), hari ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, pandemik Covid-19 bukan ancaman besar negara, tetapi ekonomi rakyat.

Ujar beliau, kerajaan perlu belanjakan wang, jangan terlalu kedekut.

Guan Eng turut memberi saranan kerajaan menaikkan bantuan RM1,000 kepada orang susah sebagaimana dicadangkan PH dalam belanjawan sebelum ini.

“Apabila PN ambil alih, mereka tidak buat. Mereka tidak bela peniaga kecil. Mereka hentikan pengambilan pekerja baru dan hanya bergantung kepada pekerja swasta.

“Kerajaan juga kena lanjutkan moratorium, beri bantuan secara langsung kepada sektor pelancongan kerana mereka ini mengalami kerugian lebih RM1 bilion,” ujar beliau – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast