Che Nom.

KUALA LUMPUR – Youtuber masakan terkenal, Che Nom yang kini memiliki pengikut di laman YouTube seramai 997,000 orang menafikan dakwaan dia mendapat pendapatan enam angka sebulan.

Sebelum ini, Che Nom telah menunjukkan tangkap skrin atau screenshot kenyataan yang dikeluarkan satu portal berhubung pendedahan pendapatan bulanannya yang didakwa mencecah RM120,000 sebulan.

Screenshot itu dimuat naik melalui laman Twitter miliknya namun ia diturunkan selepas wakil dari portal berkenaan memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

Youtuber itu menegaskan pendedahan pendapatannya yang mencecah sekitar RM120,000 sebulan adalah sebagai keterlaluan dan tidak tepat.

Terbaharu, Che Nom menjelaskan dia sudah menerima permohonan maaf dari portal berkenaan.

Susulan itu, artikel dari portal berkenaan sudahpun diturunkan.

Tambah Che Nom lagi, pendapatan dari laman Social Blade terlalu meluas dan dinasihati supaya tidak menjadikan laman ini sebagai rujukan untuk menyemak pendapatan mana-mana Youtuber atau influencer.

Che Nom terkenal dengan kandungan mencari resipi menarik untuk memasak di YouTube Che Nom. – MalaysiaGazette