Tiga rakyat Cuba yang terdampar di pulau dekat Bahamas ketika meminta bantuan pasukan peronda pantai Amerika Syarikat.

BAHAMAS – Tiga warga Cuba terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni di Bahamas selama 33 hari telah diselamatkan, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS).

Kelibat mereka disedari oleh pasukan udara pengawal pantai yang sedang melakukan rutin rondaan ketika melihat kumpulan itu mengibarkan kain di Anguilla Cay.

Warga negara Cuba itu memberitahu penyelamat mereka hidup dengan memakan kelapa.

Salah seorang anak kapal yang terlibat dalam operasi menyelamat memberitahu BBC, dia kagum kerana mereka dapat bertahan begitu lama.

Kumpulan ini pertama kali dilihat di pulau yang terletak di antara Florida Keys dan Cuba pada hari Isnin lalu.

Pegawai Pengawal Pantai, Riley Beecher memberitahu BBC, ketika meronda, ada sesuatu menarik perhatian matanya hingga mendorong dia berpusing pada di ketinggian yang lebih rendah.

Ketika itu dia ternampak ada orang di pulau berkenaan.

Namun semasa itu, kru tidak dilengkapi peralatan untuk melakukan penyelamatan segera, tetapi makanan, air dan alat perhubungan dijatuhkan kepada mereka sehingga mereka dapat berkomunikasi.

“Malangnya, kami tidak boleh bertutur bahasa Sepanyol dengan fasih tetapi saya dapat mengetahui bahawa mereka berasal dari Cuba dan mereka memerlukan bantuan perubatan.

”Mereka telah berada di pulau itu selama 33 hari,” kata Beecher sambil memberitahu pulau itu mempunyai beberapa pokok renek.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita telah berenang ke pulau tersebut selepas bot yang dinaiki karam.

Selain kelapa, mereka juga bertahan kerana adanya tikus dan kerang.

Laporan media AS mengatakan bahawa mereka juga terselamat pada tikus dan kerang.

Ketiga-tiga mereka berjaya dibawa keluar dari pulau tersebut menaiki helikopter pada hari Selasa dan diberi rawatan di pusat perubatan Florida.

Mereka kemudian dipindahkan ke Pihak Imigresen dan Kastam. – MalaysiaGazette