Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kluster tempat kerja masih mencatatkan jumlah kluster terbanyak yang direkodkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 13 kluster tempat kerja telah dikenal pasti selain dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Enam kluster dikesan di Johor itu Kluster Jalan Air Hitam dengan 108 kes, Kluster Jalan Perindustrian Getah (102 kes melibatkan pekerja kilang), Kluster Kampung Tanjung Selabu (92 kes), Kluster Jalan Raja Muar (59 kes) dan Kluster Jalan Gemilang Lima (42 kes).

Satu kluster komuniti dikesan di negeri itu iaitu Kluster Jalan Bakawali Ramun dengan 8 kes.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244544) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Bakawali, Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring,” kata Dr. Noor Hisham.

Di Selangor, tiga kluster baharu yang dikesan kesemunya adalah kluster tempat kerja iaitu Kluster Subang Delima dengan 15 kes, Kluster Jalan Bukit Sentosa dengan 14 kes, dan Kluster Tapak Bina Lembah Subang dengan 28 kes.

Sama seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga mencatatkan tiga kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Berhala dengan 21 kes yang melihatkan pekerja-pekerja syarikat pembersihan, Kluster Jalan Telawi juga dengan 21 kes, dan Kluster Bukit Angkasa dengan 20 kes positif Covid-19.

Kedah pula mencatatkan dua kluster iaitu Kluster Perdana dengan kes tertinggi iaitu 233 kes, dan Kluster Dedap hanya 11 kes.

Sementara itu Melaka, Sarawak dan Perak masing-masing mencatatkan satu kes iaitu Kluster Jalan Bukit Baru (kumpulan berisiko tinggi) di daerah Melaka Tengah dengan 11 kes, Kluster Nanga Lijan di Julai Sarawak dengan 23 kes dan terakhir Kluster Tembok Bendera di Perak dengan 21 kes. – MalaysiaGazette