KWSP menutup sementara cawangannya di Pekan berikutan daerah itu diletakkan bawah PKPD selama dua minggu.

KUALA LUMPUR – Anggota-anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka dibenar mengeluarkan simpanan masing-masing tanpa syarat melalui i-Sinar.

Biar pun ada sumber mengatakan pengumuman mungkin dibuat esok, namun satu sumber lain tidak menolak kemungkinan khabar yang ditunggu-tunggu sebahagian besar pencarum itu akan dilakukan hari ini.

Sumber MalaysiaGazette berkata, KWSP telah memulakan perbincangan mengenai pengeluaran tanpa syarat dan jumlah pengeluaran yang akan dibenarkan.

Malah, kaedah pembayaran pengeluaran i-Sinar turut diambil kira dalam perbincangan berkenaan.

“Pengumumannya akan dibuat dalam minggu ini, bukan minggu depan,” katanya.

Difahamkan Kementerian Kewangan menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat itu.

Sumber berkenaan menambah, meskipun pada awalnya wujud kekangan untuk pengeluaran tanpa syarat, tetapi ia boleh dilaksanakan.

”Sebaik sahaja Lembaga Pengarah KWSP buat keputusan (mengenai pengeluaran), anggota-anggota KWSP akan dimaklumkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.