Christos Intzidis.

KUALA LUMPUR – Pemain import terbaharu pasukan Kelantan FC musim 2021 yang berasal dari Greece dijangka akan tiba di Malaysia pada Isnin ini untuk menyertai skuad The Red Warriors menjelang sepak mula Liga Malaysia 5 Mac ini.

Beraksi diposisi pertahanan tengah, Christos Intzidis bakal mengemudi benteng pertahanan pasukan Kelantan FC dalam menghadapi cabaran hebat dari pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Premier 2021.

Beliau turut memberitahu, Intzidis kini sudah bersiap sedia untuk terbang ke Malaysia dari Athens Ahad ini dan berkata, ia bakal membuatkan penyokong The Red Warriors teruja menantikan ketibaannya.

Musim lalu, Intzidis beraksi bersama kelab FK Miercurea Ciuc dan CS Concordia Chiajna dalam saingan divisyen 2 Liga Romania sebelum dipancing untuk bersama Kelantan FC musim ini.

Christos Intzidis juga sebelum ini pernah ‘berkelana’ ke Australia, beraksi untuk kelab semi pro, South Melbourne dalam National Premier Leagues Victoria 2018.

Dalam perkembangan lain, Norizam yang juga dikenali ZamSaham menyasarkan pasukan itu untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia pada musim 2024 iaitu tiga tahun akan datang.

“Dalam saham, kena target sesuatu pulangan lambat, tetapi biasa hasil akan dapat cepat. Dalam bola, saya target untuk TRW Kelantan FC naik ke Liga Super adalah tahun 2024.

“Tiga tahun tempoh untuk ke 2024 itu dilihat sebagai masa bagi pihak pengurusan membentukan skuad yang mantap bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan pastinya penyokong pasukan Kelantan sendiri perlu lebih sabar mengikuti perancangan yang sudah diatur,” katanya. – MalaysiaGazette