Kilafairy kini menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka memiliki bibir seksi yang menjadi perhatian ramai sebelum ini telah mencatat sejarah baharu yang terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon, Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata,  dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipmatte dan blusher.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, dia mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian apabila diberikan lipmatte keluaran UFORA sebelum memberi persetujuan.

“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya.

“Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.

“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai lipmatte,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis Pelancaran Produk dan Skim Dropship Tanpa Modal berjudul UFORA X KILAFAIRY di Facebook Live UFORA HQ malam tadi.

Turut hadir pengasas UFORA, Supia Saupi.

Kilafairy dan Supia Saupi (kanan).

Menurut anak kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil, tekstur lipmatte ini yang lembut sememangnya tidak akan didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.

“Produk lipmatte antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipstik UFORA.

“Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.

Mereka yang berminat boleh layar laman web www.uforacosmetics.com dan menghubungi hotline 01120673667.

Sebelum ini, dua tahun lalu Kilafairy tampil dengan jualan produk makanan tambahannya iaitu KilaFit.

Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna. – MalaysiaGazette