Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil. foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2021

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun ditegur oleh pemimpin pembangkang kerana dilihat seolah-olah tidak mempunyai sebarang peranan ketika ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, peranan Rina terpaksa pula dipikul Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin.

“Menteri Wanita punyalah tak function (berfungsi).

“Sampai Menteri Perumahan pula terpaksa komen.

“Malu,” tulisnya dalam akaun Twitter.

Tulisan Fahmi itu dipercayai berkaitan insiden seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang ditahan dalam lokap polis dirogol tahanan lain di Miri, Sarawak pada Januari lalu.

Saidatulnisa Aminuddin (kiri) dan Man Kajang (kanan) bersama Rina Mohd. Harun.

Ciapan Fahmi itu menarik perhatian netizen yang membuat teguran sama dengan menyindir beliau terlalu ‘sibuk’ dengan pereka fesyen untuk penggayaan terbarunya.

Baru-baru ini Rina menjadi trending di Twitter apabila beberapa keping gambar beliau dengan penampilan baharu tular di laman sosial itu. – MalaysiaGazette

Perkembangan terkini kes remaja dirogol tahanan tidak wajar didiamkan – Zuraida

5 Komen

  1. Begitulah jadinya kalau parlimen tidak bersidang. Kerajasn ni lemaj dan tidak bertanggung jawab kerana anaikan semak dan imbang. Menterj leks dan curi tulang.

  2. Apa nak heran muka yang hodoh kusam lepas solek pasti jadi cantik dan bermaya. Siti nurhaliza sebagai contoh. Rina harun tu kan positif covid, menteri doraemon, dan pernah kena saman tuntutan gara2 tunggakan hutang lama rumah produksi

  3. Rilek laa.. mamat apa sal, lau nk pakai mekup sape ade kisah. Ikut suka masing2, nak suka kaki kencing, nak suka kaki sabut… jalan daa.

  4. Fahmi fadzil mp P unah H arapan P akatan H ancing nak jadi HERO TAMIL membuka pekong sendiri..cari SALAH orang lain tapi sendiri MEMBISU PEKAKKAN TELINGA BUTAKAN MATA semasa 22 bulan ISU-ISU BILLBOARD ARAK /ARAK FEST /LGBT/ SUGAR DADDY/BOOK menular serius di wp dan lembah pantai…..mantan menteri agama mujahid mengHALANG SERBUAN TEMPAT2 MAKSIAT selepas 12 MALAM kerana isu privasi….MANA suaramu dari P arti K hianat R eformasi???????

Comments are closed.