Kelihatan beberapa serpihan kaca berteraburan di bangunan akibat daripada serangan besar-besaran di Arbil, Iraq. foto agensi

ARBIL – Serangan roket bertalu-talu yang menyasarkan pangkalan udara di wilayah Kurdistan. Iraq lewat malam tadi telah membunuh seorang kontraktor awam warga asing.

Selain itu, lima yang lain dan seorang tentera Amerika Syarikat (AS) cedera.

Sumber keselamatan Iraq  berkata, sekurang-kurangnya tiga roket telah dilepaskan ke arah lapangan terbang di bandar berkenaan.

“Kawasan tersebut merupakan tentera asing berpangkalan sebagai sebahagian daripada pakatan antarabangsa yang memerangi kumpulan Islamic State (IS).

“Manakala, dua roket  yang lain telah menghentam kawasan perumahan di pinggir bandar Arbil,” katanya.

Sementara itu, Ketua direktorat Kesihatan Iraq, Arbil Delovan Jalal berkata, sekurang-kurangnya lima orang awam cedera dan seorang dalam keadaan kritikal.

Kementerian Dalam Negeri Kurdistan mengesahkan terdapat beberapa roket telah menghentam bandar itu.

Agensi keselamatan juga telah melancarkan siasatan terperinci serta menggesa orang awam untuk kekal di rumah sehingga notis lanjut dikeluarkan.

Bagaimanapun tiada pihak mengaku untuk bertanggungjawab walaupun terdapat beberapa saluran propaganda pro-Iran adalah yang pertama melaporkan serangan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast