Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,936 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti wabak itu di negara ini iaitu 277,811 kes.

Data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan daripada jumlah kes positif baharu itu 2,919 merupakan penularan tempatan manakala 17 lagi adalah import.

Jumlah kes dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 36,797 dan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan RapiĀ  berjumlah 220 orang dengan 104 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes sembuh baharu dalam tempoh 24 jam lalu pula mencatatkan bilangan sebanyak 4,889 orang dan jumlah keseluruhan yang pulih daripada pula sebanyak 239,971.

Bagaimanapun, Unit Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat memaklumkan terdapat 13 lagi kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak berkenaan di Malaysia berjumlah 1,043 kes. – MalaysiaGazette