Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.

Beliau dalam kenyataan mengucapkan terima kasih dan terhutang budi kepada doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN atas kecekapan dan profesionalisme.

Pemimpin Pas itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri selain pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara. Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama.

“Dari jendela Institut Jantung Negara, saya berterima kasih kepada semua,” ujarnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Keadaan Abdul Hadi stabil, perlukan rehat – Anak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast