Foto Instagram Jehan Miskin.

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Jehan Miskin meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dikurniakan zuriat pertama yang lahir pada Sabtu lalu selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga.

Jehan berkongsi berita gembira itu Instagram miliknya.

Dia turut memberitahu memilih nama Axel Nova Rhee Jehan untuk cahaya mata sulungnya itu.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki ku, Axel Nova Rhee, nama pertamanya. Dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina diikuti letupan bunga api. Sesungguhnya awak betul-betul luar biasa,” coret bapa berusia 41 tahun itu.

Jehan mendirikan rumah tangga bersama Julie Camelia Rhee yang berasal dari Korea. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast