Kamal Adli

KUALA LUMPUR – Ramai tidak mengetahui rupa-rupanya sebelum ini, pelakon Kamal Adli telah dijangkiti Covid-19.

Setelah beberapa lama ‘mendiamkan’ diri, pelakon berusia 34 tahun itu akhirnya mendedahkan yang dirinya kini bebas daripada wabak itu selepas dikuarantin.

Beliau kini bersedia untuk kembali ke set pengambaran untuk drama baharu.

I’m back (saya kembali) lama hilang sebab kan hari tu Kamal positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang alhamdulillah dah negative (negatif)..

“Syukur.. Now (sekarang) masuk set baru drama ‘DUIT’ .. best citer ni pasal scammer!!” tulisnya di Instagram.

Kali terakhir beliau memuat naik gambar di akaun Instagramnya adalah pada 24 Januari lalu. -MalaysiaGazette