Dari kiri Puan Nurul Izzati binti Mohd Zawawi, Setiausaha Pertama; TYT Dato' Hidayat Abdul Hamid, Pesuruhjaya Tinggi; Datin Rosie Hidayat; Encik Amizal Fadzli Rajali, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi

KUALA LUMPUR – Malaysia merangkul empat anugerah yang dipertandingkan dalam Majlis Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) 2020 yang diadakan di Bikaner House, New Delhi, India, semalam.

Empat pengiktirafan yang dimenangi Malaysia ialah:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Kategori: Lifetime Achievement for a Government Representative
Insitut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam
(IKTPD)
Kategori: Craft Institute/Academy of the Year
Projek Kraf Komuniti Ku (KKK) Kampung Kepala Bendang, Sayong Kuala
Kangsar
Kategori: Village of the Year
Rahmi bin Bujang
Kategori: Designer of the Year (Gen-Next)

Datuk Hidayat Abdul Hamid, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India menerima Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) di New Delhi, India

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengiktirafan ini adalah hasil komitmen dan kerjasama semua pihak terutamanya sokongan daripada rakan strategik yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam membangunkan industri kraf tanah air.

Craft Village merupakan pertubuhan sosial dari New Delhi yang menganggotai Majlis Kraf Dunia – Asia Pacific (WCC-APR), Res-Arties (Belanda) dan Residency Unlimited (New York). – MalaysiaGazette