Orang ramai kini boleh membuat bayaran zakat pendapatan, pelaburan dan perniagaan hanya menerusi telefon bimbit.

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh membuat bayaran zakat pendapatan, pelaburan dan perniagaan hanya menerusi telefon bimbit.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata, bayaran itu boleh dibuat menerusi laman portal ezakatpay.

“Mereka hanya perlu mengikuti empat langkah iaitu mengisi maklumat pembayar seperti nama penuh dan kad pengenalan.

“Seterusnya, memilih kaedah bayaran, pilih bank serta mendapatkan resit bayaran.

“Segalanya makin pantas di dunia ini, termasuk juga cara anda untuk membantu saudara yang memerlukan dalam komuniti kita,” katanya menurut kenyaatan LZS menerusi Facebook. -MalaysiaGazette