MGNews : Bayar Balik RM140,000 Yuran Ahli Amanah Ikhtiar Malaysia – MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan tindakan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang didakwa gagal menyerahkan yuran bulanan ahli kesatuan sekerjanya yang kini mencecah RM140,000 setakat Januari lalu.

Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor mendakwa, meskipun AIM memotong yuran keahlian sebanyak RM12 setiap bulan, namun badan itu masih gagal menyerahkan kutipan itu kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM).