Gambar hiasan

SETELAH hampir setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia,masih tidak ada perubahan dan kemajuan yang dilaksanakan terhadap perkembangan orang Melayu dan umat Islam khususnya.

Walaupun digelar sebagai kerajaan yang bertunjangkan aspek kemelayuan dan keislaman tetapi matlamat dan tujuan perjuangan telah dikesampingkan setelah mendapat jawatan dan kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Sehingga hari ini, Pas yang merupakan sebahagian daripada parti pemerintah masih gagal untuk menutup pusat perjudian dan pusat maksiat. Bahkan,cabutan undi perjudian juga turut dinaikkan sebanyak 22 kali setahun berbanding 8 kali setahun semasa Pakatan Harapan memerintah.

Pindaan Rang undang-undang (RUU355) yang lantang diperjuangkan oleh Pas sebelum ini juga tidak lagi kedengaran dan tidak pula dibawa untuk dibahaskan di parlimen walaupun majoriti ahli kerajaan sekarang ialah orang melayu dan islam.

Hakikatnya, gabungan dan penyatuan ini hanyalah bertujuan untuk menjaga kedudukan mereka dalam kerajaan dan bukan semata-mata untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.

Sekiranya pembentukan kerajaan PN ini adalah untuk menyatupadukan orang Melayu dan islam, mengapa masih berlaku perantakan dan perpecahan dalam kerajaan sekarang?

Ini disebabkan oleh berlakunya perebutan kuasa dan kedudukan diantara mereka dalam menentukan parti mana yang lebih melayu dan lebih islam serta setiap daripada parti gabungan ini mempunyai agenda peribadi tersendiri dalam pembentukan kerajaan.

Kesimpulannya, Malaysia memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil dengan mengetengahkan agenda perpaduan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Keadilan dan kesakmaan ini akan menyatupadukan kita sebagai manusia yang bertamadun tanpa wujudnya perasaan prejudis dan kebencian terhadap sesuatu pihak.

Muhammad Azha Salahudin
Penulis dan aktivis NGO.