BErpuluh-puluh banduan mati dalam rusuhan serentak di tiga penjara di Ecuador. foto Agensi

QUITO – Sekurang-kurangnya 67 orang banduan terbunuh selepas rusuhan ganas berlaku di tiga penjara di Ecuador.

Rusuhan itu disebabkan oleh perbalahan antara geng saingan.

Kejadian itu turut mencederakan kakitangan penjara.

“Angka itu sangat mengerikan dan saya mengesahkan bahawa sebanyak 67 orang mati di tiga penjara ini,” kata , kata Pengarah Perkhidmatan Penjara, Edmundo Moncayo dalam satu sidang media.

Kematian itu berlaku di pusat pemulihan sosial di wilayah Guayas (barat daya), Cotopaxi (tengah) dan Azuay (selatan), yang mana kira-kira 70 peratus populasi penjara di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, polis dan Kementerian Dalam Negeri berusaha untuk mengawal keadaan penjara di Guayaquil, Cuenca dan Latacunga.

Malah, polis turut mendapat sokongan tentera dalam kawalan yang dijalankan.

Presiden Lenin Moreno memerintahkan Kementerian Pertahanan untuk “melakukan kawalan ketat terhadap senjata, peluru dan bahan letupan di kawasan luar penjara” berikutan rusuhan ganas di ketiga-tiga penjara itu. – MalaysiaGazette