Peguam, M. Visvanathan bercakap ketika sidang media kematian seorang pelarian warga Pakistan berusia 63 tahun dalam penjara Sungai Buloh kejadian dalam Februari ini di Avenue 8, Petaling Jaya. Foto SHAFIY ZUL, 25 FEBRUARI 2021.

PETALING JAYA – Seorang warga Pakistan didakwa meninggal dunia semasa berada dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh pada 17 Februari lalu.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Rafi Ullah, 63, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) memohon suaka di negara ini.

Ahli keluarg warga emas itu mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai kematian Rafi oleh polis mahupun pihak penjara.

Peguam yang mewakili keluarga Rafi, M. Visvanathan memaklumkan bahawa keluarga itu hanya mengetahui mayat mangsa disimpan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh pada 19 Februari lalu menerusi seorang warga Pakistan memaklumkan mengenai usaha mereka mengesan mangsa.

Visvanathan mendakwa, menurut keluarga mangsa anggota polis yang menahan mangsa yang memperkenalkan diri sebagai Asisten Superintendan Norazman didakwa tidak pernah memaklumkan kepada mereka tentang pendakwaan ke atas Rafi, sebaliknya hanya memohon bayaran untuk melepaskan mangsa daripada tahanan.

Mangsa bagaimanapun tidak mempunyai wang yang mencukupi ketika itu dan hanya sempat membayar RM1,500 kepada anggota polis berkenaan, ujarnya.

Berkitan itu, Visvanathan berkata, keluarga Rafi menganggap mangsa berada di dalam lokap polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor.

Bagaimanapun, tambah beliau, mangsa yang tidak mempunyai penjamin telah dibawa ke mahkamah majistret Kuala Kubu Bharu sebelum ditahan di penjara Tapah.

Sementara itu, Visvanathan berkata, adik ipar Rafi, anak mangsa, Shoaib Hassan, 20 mangsa dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh dan telah dijangkiti Covid-19 serta menghidapi penyakit lain.

“Pada mulanya polis tidak mahu menjalankan bedah siasat kerana Covid-19 namun selepas laporan polis ahli keluarga menyusul semalam, bedah siasat dilaksanakan di Hospital Kuala Lumpur yang kemudian mengesahkan mangsa telah mati akibat serangan jantung dan doktor juga mengesahkan terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian tangan dan kaki,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambah beliau, kesemua pertuduhan yang dilemparkan keluarga mangsa memerlukan perlu disiasat dan pegawai penjara perlu memberi penjelasan berkenaan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Mangsa, menurut keluarga seorang pesakit kronik kencing manis yang perlu diberi ubat setiap masa dan didakwa diabaikan rawatan oleh pihak berkuasa semasa tempoh tahanan.

“Maka saya akan menulis surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mendesak satu inkues mahkamah koroner diadakan untuk kes ini di bawah Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Menurut Visvanathan, Rafi ditahan polis selaps berlakuĀ  pergaduhan sesama jiran di kediaman mangsa di sebuah apartmen di Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada September lalu.

Berdasarkan keterangan jiran mangsa, ujarnya, polis telah menahan Rafi dan dibawa ke penjara untuk menghadapi petuduhan tetapi oleh kerana tidak mampu dijamin keluarganya, beliau dihantar ke penjara sementara menunggu perbicaraan di mahkamah. – MalaysiaGazette