Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan memuatnaik gambarnya bersarapan dalam kereta semasa perjalanan ke Putrajaya bagi menghadiri Taklimat Darurat.-Pix Twitter Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR – Sejak Proklamasi Darurat bermula 11 Januari lalu baru hari ini ahli Parlimen diberi taklimat mengenainya di Putrajaya.

Ia merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan Twitternya pagi ini.

“Untuk hadir taklimat darurat bersama MP. Ya baru nak diberi taklimat,” tulisnya sambil memuatnaik gambarnya bersarapan di dalam kereta.

Sebelum itu, beberapa ahli Parlimen pembangkang dan sesetengah dari kerajaan sering mengutarakan perlu ada taklimat mengenai arahan darurat.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang melibatkan keahliaan termasuk ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini.

Jawatankuasa yang sama diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.- MalaysiaGazette