Sampaoli jurulati baharu marseille menggantikan Villas Boas yang dibatalkan kontrak dan dipecat 2 Februari lalu.

PARIS – Marseille telah membatalkan serta merta kontrak pengurus pasukannya Andre Villas Boas.

Boas telah dipecat oleh kelab Ligue 1 Perancis itu semalam selepas mengemukakan surat letak jawatan secara sukarela selepas tidak berpuas hati dengan polisi sukan yang diamalkan kelab itu.

Justeru, bekas jurulatih kebangsaan Argentina dan juga Chile,  Jorge Sampaoli telah mengisi kekosongan tersebut.

Tindakan Boas yang mengkritik kelab dalam akhbar terhadap pembelian pemain kelab Celtic, Olivier Ntcham punca pemecatannya.

Sementara itu, Sampaoli yang juga bekas jurulatih Sevilla itu telah menandatangani kontrak sehingga tahun 2023 bersama Marseille sementara kontrak Boas dibatalkan serta merta.

Marseille dalam kenyataan rasmi semalam mengesahkan kelab itu secara rasminya telah mengakhiri perjanjian bersama Boas sambil merakamkan penghargaan atas sumbangannya selama 19 bulan lalu.

Boas sejak mengambil alih Marseille pada tahun 2019 dan berjaya membantu kelab berkenaan menamatkan saingan Ligue 1 di tempat kedua dalam liga domestik musim lalu.

Namun musim ini Marseille menduduki tangga kesembilan dalam carta liga ketika Villas Boas dipecat awal Februari lalu.

Selepas pemecatan Boas, jurulatih interimnya, Nasser Larguet telah mengemudi pasukan dan hanya tewas satu daripada tujuh perlawanan yang diharungi setakat ini iaitu kepada PSG.

Sampaoli yang tiba dari Brazil kini sedang kuarantin kendiri selama tujuh hari di Paris sebelum memulakan tugasnya secara rasmi di Marseille.- MalaysiaGazette