Josep melantik Koeman sebagai jurulatih baharu the Catalans sebelum meninggalkan Nou Camp pada Oktober lalu.

MADRID -Jurulatih baharu the Catalans, Ronald Koeman kecewa selepas polis menggeledah pejabat kelab itu sebelum menahan bekas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.

Josep ditahan untuk membantu siasatan polis dalam kes kewangan kelab itu yang didakwa disalah tadbir.

Bartomeu salah seorang daripada empat individu yang diberkas polis bagi siasatan berkenaan dakwaan jenayah berkaitan hartanah dan sosioekonomi kelab berkenaan.

Bartomeu yang berundur dari jawatan presiden kelab pada Oktober lalu bagaimanapun telah dibebaskan pada sehari selepas ditahan semalam.

“Ia bukan suatu yang baik untuk imej kelab, ternyata imej kelab sudah tercalar dengan penahanan Josep,” kata Koeman.

Polis Catalan menahan Josep pada Isnin selepas penyiasatan dilakukan berkaitan soal kewangan kelab juara Sepanyol itu.

Selain Josep, bekas penasihatnya, Jaume Masferrer juga ditahan polis selama satu malam di Balai Polis Barcelona sementara ketua pegawai eksekutif kelab itu Oscar Grau dan pengarah khidmat undang-undang, Roman Gomez Pnti pula turut ditahan namun telah dibebaskan semalam.

Siasatan dilancarkan polis berkaitan ‘Skandal Barcagate’ pada 2020 apabila kelab itu menafikan tindakan melantik sebuah firma luar untuk menyernag pemain sendiri dalam media sosial.

Sebelum berundur dari jawatan presiden, Josep didesak penyokong kelab supaya meletak jawatannya kerana bergaduh dengan Lionel Messi.

Koeman merupakan jurulatih terakhir yang telah dilantik Josep sebelum meninggalkan kelab itu pada Oktober tahun lalu.

Pemilihan presiden baharu Barcelona akan berlangsung pada Ahad ini.-MalaysiaGazette