(Picture for representational purposes only). The t-shirt of Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) with the picture of its Chairman, Tun Dr Mahathir Mohamad. PIX: MalaysiaGazette opposition DAP Teo Nie Ching Prime Minister
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengesahkan tuduhan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), Augustus Ralph Marshall di luar negara.

Ia termasuk di India, Indonesia dan di negara- negara lain berhubung rasuah lesen telefon.

Ketua Biro Ekonomi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Armin Baniaz Pahamin berkata, pengesahan itu perlu sejajar dengan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan yang menyatakan DNB akan dikendalikan berdasarkan “kerangka governans yang sesuai dan amalan terbaik global”.

“Kementerian Kewangan harus mengotakan komitmen ini dengan mengesahkan kredibiliti pelantikan Augustus Ralph Marshall,” katanya meneursi kenyataan hari ini.

Ujar Armin Baniaz, cadangan penubuhkan syarikat infrastruktur telekomunikasi milik kerajaan bukan suatu perkara baru kerana pertama kali telah dicadangkan pada tahun 2017 di bawah kerajaan Barisan Nasional dengan Augustus Ralph Marshall dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Broadnet Sdn. Bhd.

Syarikat itu kemudiannya diamanahkan untuk membina infrastruktur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Cadangan ini telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memihak kepada proses tender melalui projek National Fiberisation and Connectivty Plan (PNFCP).

“Pada tahun 2018, syarikat tersebut telah menyerahkan lesen operasi mereka kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya lagi.

Untuk rekod, pada 1 Mac 2020, Kementerian Kewangan telah mengumumkan pelantikan  ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif yang akan menerajui syarikat tujuan khas, DNB bagi melaksanakan infrastruktur dan jaringan teknologi 5G di seluruh negara.

Di dalam pengumuman tersebut, Kementerian Kewangan telah melantik Augustus Ralph Marshall sebagai Ketua Pegawai Eksekutif DNB yang akan menerima peruntukkan sebanyak RM15 bilion daripada kerajaan.

Pada 29 Mac 2012, Jakarta Post memaparkan permintaan dari Kepolisian Negara Repulik Indonesia untuk Interpol mengeluarkan notis merah penangkapan Augustus Ralph Marshall di atas penggunaan dana secara haram membabitkan sebuah syarikat di Indonesia.

Meskipun kes tersebut telah diselesaikan namun butir-butir samada kes ini telah diselesaikan melalui keputusan mahkamah atau luar mahkamah masih tidak diketahui.

Pada 24 September 2016, Bloomberg juga menerbitkan berita mahkamah di India telah mengeluarkan waran tangkap untuk Augustus  berhubung kes rasuah membabitkan lesen telefon.-MalaysiaGazette