MGNews : 79 Saman Ekzos Bising Dikeluarkan – Ketua JSPT KL

Ketua JSPT KL, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata dalam operasi yang dilaksanakan antara 1 Mac hingga 7 Mac lalu di sekitar ibu negara, sebanyak 2,495 buah kenderaan termasuk kereta diperiksa.

Katanya, polis berjaya mengeluarkan 1400 saman atas pelbagai kesalahan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengangkutan Jalan.