Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000.

Lelaki itu dipercayai ditahan di pejabat SPRM negeri Selangor selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek menerima wang itu daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh Jabatan Imigresen.

“Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam di Pejabat SPRM Selangor, hari ini.

“Suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China berkenaan yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam,” kata sumber itu lagi.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Kata beliau, SPRM akan mendapatkan reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi hari ini.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Wow.. tokey scammer pun kena scam ngan datuk ni. Lagi hebat punya auta datuk ni nampaknya.

Comments are closed.