Bangkai bas berjaya diangkat dari jurang. -Foto agensi

SUMEDANG – Sebuah bas yang sarat dengan pelajar telah jatuh ke jurang sedalam 20 meter di Jawa Barat Indonesia, semalam.

Agensi berita Jakarta Globe melaporkan, sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kejadian.

Sementara itu, menurut polis, Kapolsek Wado Iptu Arispen, kejadian berlaku pukul 6.30 petang di Jalan Wado Malangbong.

“Pemandu bas yang membawa 59 mangsa itu dikatakan hilang kawalan. Separuh daripada penumpang adalah pelajar Sekolah Cisalak Subang.

“Mereka difahamkan menaiki bas terbabit atas tujuan lawatan,” katanya.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa yang berjaya ditemui masih dalam proses.

Sebilangan dari mereka juga telah dipindahkan ke Pusat Kesihatan Komuniti Wado. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast