Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Penyelesaian isu penempatan warga asing di Bukit Malut, Langkawi memerlukan tindakan proaktif kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebahagian besar masalah yang perlu diselesaikan melibatkan agensi-agensi kerajaan Persekutuan.

“Saya ikuti dengan teliti perkembangan berkenaan situasi penempatan di Bukit Malut, Langkawi. Isu ini sudah berlarutan agak lama, juga semasa saya menjadi Perdana Menteri.

“Pembangunan penempatan untuk menampung jumlah penduduk yang akan dipindahkan akan melibat peruntukan yang besar.

“Ini hanya boleh didapati dengan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di blognya hari ini.

Tambah bekas Perdana Menteri itu lagi, kerajaan Kedah tidak mungkin mampu untuk menyediakan peruntukan sebesar itu bagi membangunkan penempatan baharu.

Bagaimanapun kerajaan negeri katanya, tidak boleh lepas tangan sahaja kerana mereka perlu memainkan peranan untuk menyelesaikan perkara berkaitan yang melibatkan kuasa negeri.

Sejak puluhan tahun lalu, Bukit Malut didiami secara haram oleh warga Myanmar dan sehingga kini dianggarkan lebih 10,000 warganegara negara itu menduduki kawasan berkenaan seterusnya menceroboh tanah kerajaan negeri.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Mu ni ckp pa madey… Mu yg bagi lampu hijau kpd puak tu duduk kwsn tu masa mu berkuasa. Boleh dikatakan tindakan langsung tk ambik.. Klau ambik tindakan yg proaktif dari awal lagi tentu tk jadi mcm laanii… Dan mungkin berlaku aktiviti rasuah yg cukup teruk terhadap pihak berkuasa, hinggakan sebarang tindakan tidak dibuat.. Kawasan itu jgk dgr khabarnya berlegar pengedar² dadah yg berleluasa.
    Inilah masalahnya bila rasuah menjadi amalan hidup setengah dikalangan pegawai penguatkuasa. Jika tk berlaku rasuah mustahil sempadan negara dpt diceroboh dan penempatan tersebut akan ujud.
    Tapi hang tk pernah mengaku kesilapan ketika kamu tadbir negara, semuanya salah org lain.

  2. Inilah taik yang dipuncakan dan ditinggalkan Madey dahulu. Anak cucu hamba paksa kereta api maut Jepyn tidak dibawa balik, malah pendatang rohinya yang dia himpun hingga jadi penempatan samsing di Langkawi.

Comments are closed.