Gambar hiasan

CHICAGO – Johnson & Johnson (J&J) akan menghasilkan hingga 3 bilion dos vaksin Covid-19 tahun depan setelah Kesatuan Eropah meluluskan imunisasi sekali sahaja.

Berikutan itu, J&J melantik tiga kilang untuk menghasilkan bahan ubat utama.

Ia juga bakal mempunyai tujuh kilang di seluruh dunia yang akan menguruskan pengeluaran akhir dan pembotolan.

“Semua ini akan berfungsi secara bersama untuk menghasilkan 1 bilion vaksin pada akhir tahun ini,” kata Dr. Paul Stoffels, Ketua Saintis J&J dalam wawancara.

Tambahnya, tahun depan J&J akan menghasilkan lebih daripada dua bilion vaksin, bahkan boleh bertambah sehingga tiga bilion jika kita memaksimumkan kapasiti.

“Dengan kerjasama Merck, kami akan mensasarkan dua bilion,” ujarnya yang merujuk kepada perjanjian bersama Merck & Co untik menghasilkan vaksin J&J,” katanya lagi.

J&J adalah vaksin keempat yang diberi pengesahan untuk digunakan di EU selepas Pfizer/BioNTech, AstraZeneca Plc dan Moderna Inc.

Eropah berdepan dengan masalah dalam kempen imunisasi selepas berlaku kekurangan bekalan dari Pfizer dan AstraZeneca pula berdepan dengan beberapa isu.

Vaksin J&J diharapkan dapat digunakan secara meluas di seluruh dunia kerana ia menawarkan satu dos suntikan dan kelebihan logistik sekali hantar dan boleh disimpan dalam suhu peti sejuk biasa.

Kedua-dua vaksin Pfizer/BioNTech dan Moderna memerlukan dua dos dan mesti dihantar dalam keadaan beku. – MalaysiaGazette