Nuha Bahrin

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu, Nuha Bahrin telah mengeluarkan single pertamanya pada 5 Mac lalu yang berjudul XSempurna.

Lagu itu memaparkan kisahan sebenar yang dilalui oleh penyanyi Nuha Bahrin, dikutuk dan dihina.

Namun begitu, bagi komposer Ezra Kong melihat bakat besar yang ada pada Nuha lalu menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai bakal membuat para pendengar ralit.

Manakala dalam susunan plot cerita di dalam muzik video (MV) XSempurna adalah secara sinematik yang hanya bermainkan emosi penyanyi berkenaan.

“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu.

“Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya.

“Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya,” ujar wanita berusia 20 tahun itu.

Nuha mula membina nama menerusi lagu covernya iaitu Hurt nyanyian Christina Aguilera.

Nuha menjadi kontroversi selepas menyertai peogram Vokal Mania 2020 tahun lalu.
Apa yang paling menarik serta turut mencuri perhatian apabila penyanyi antarabangsa tersebut sendiri turut repost nyanyian Nuha di Instagram miliknya.

Dia menjadi kontroversi selepas menyertai peogram Vokal Mania 2020 tahun lalu.

Mengenai pembikinan MV pula, Nuha memberitahu, proses penggambaran kami terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan ketika itu.

“Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum jam 12 tengah malam.

“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu,” ujarnya.

Hasil karya yang terbaru ini adalah gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia ini diharapkan dapat memeriahkan lagi persada seni muzik tanah air.

MV XSempurna telah disiarkan secara rasmi pada 5 Mac lalu di saluran YouTube BeeGood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music pada tarikh yang sama. – MalaysiaGazette