Lee Zii Jia.

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia membuat kejutan untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England hari ini.

Pemain nombor satu negara itu mengenepikan pemain nombor satu dunia, Kento Momota 21-16, 21-19 pada aksi suku akhir di Birmingham.

Lebih manis, kejayaan itu diraih selepas Zii Jia sebelum ini tewas dalam keenam pertemuan dengan wakil Jepun itu.

Zii Jia yang dikritik hebat kerana aksi longlai pada awal tahun ini memenangi set pertama 21-16.

Zii Jia terus menampilkan aksi agresif dalam set kedua, dan berjaya mendahului saingan 11-6 sebelum Momota mula mendapatkan rentak hingga perlawanan terikat 19-19.

Namun pemain kelahiran Alor Star Kedah itu menamatan debaran apabila memperoleh dua mata terakhir sekaligus melangkah ke separuh akhir untuk penampilan keduanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast