Marie-Claude Najm

BEIRUT – Menteri Kehakiman Lubnan melawat lelaki yang digelar tahanan politik paling lama di Eropah yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Perancis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.

“Jumaat lalu, Marie-Claude Najm mengunjungi tahanan Georges (Ibrahim) Abdallah selama tiga jam di Penjara Lannemezan di Perancis.

“Najm pada Mei 2020 telah membangkitkan kes lelaki Lubnan itu semasa mengadakan perbincangan telefon dengan bekas Menteri Kehakiman Perancis Nicole Belloubet. Oktober ini hukuman penjara Abdallah mencecah 37 tahun,” lapor Agensi Berita Nasional (NNA).

Pada Sabtu, keluarga Abdallah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas lawatan tersebut, dan berharap memberikan hasil positif.

Abdallah masih kekal di penjara walaupun telah menyelesaikan tempoh minimum hukumannya, menurut rakan dan saudara-mara.

Dia menjadi sebahagian ahli Gerakan Nasional Lubnan, sebuah gerakan sayap kiri sebelum bergabung dengan pihak yang menentang ketidakadilan dilakukan terhadap hak rakyat Palestin.

Abdallah ditahan di Lyon, Perancis pada 24 Oktober 1984 dan kemudian dihukum kerana terlibat dalam pembunuhan seorang diplomat Israel dan Amerika Syarikat.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast