KUALA LUMPUR – Satu rakaman yang menunjukkan penunggang motosikal menolak sebuah kereta Perodua Kancil mencuit perhatian netizen di laman media sosial .

Berdasarkan audio, video berkenaan dikatakan dirakam di Sarawak.

Only in Sarawak bro, only in Sarawak,” kata seorang lelaki dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook Mario Zenger pada 19 Mac lepas.

Penunggang motosikal berkenaan berbuat demikian dipercayai menghulur bantuan ke atas pemandu kereta yang berkemungkinan menghadapi masalah kerosakan enjin atau kehabisan minyak pada kenderaannya.

Video tersebut kemudiannya dikongsikan oleh kelab penunggang FZ150i crew dan mendapat banyak komen daripada pengguna laman sosial.

Antara yang memberikan komen Shuib Anuar apabila menulis, “Besar pahala brother. Lain mcm towing,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi netizen, Ibnu Muhajir pula berkata, “Kuat betul kaki dia,” dan dijawab Roldan Haikal yang mengatakan “perghhhh…padu”.

Rakaman berkenaan, disukai lebih 200 pengguna laman media sosial dan mendapat banyak perkongsian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast