Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki selepas menyampaikan ucapan pada Pelancaran Program SPRM PUBG i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 11 OGOS 2020.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghargai keprihatinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu pihaknya menyiasat dakwaan berlaku tekanan dan sogokan terhadap beberapa ahli Parlimen.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, badan itu memberi jaminan akan menyiasat maklumat-maklumat yang disalurkan oleh Anwar.

“Dalam pertemuan tersebut, saya telah mendengar beberapa isu semasa berbangkit dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar yang menjadi keprihatinan beliau.

“Sehubungan itu, saya memberi jaminan bahawa SPRM sebagai sebuah agensi yang dipantau oleh lima panel bebas akan bertindak secara profesional mengikut lunas undang-undang dan bidang kuasa yang telah diberikan kepada Suruhanjaya ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar bertemu Azam di ibu pejabat SPRM petang ini dan mengadakan perbincangan selama lebih sejam.

Beliau yang tiba jam 2.53 petang dilihat meninggalkan bangunan itu jam 4 petang.

Presiden PKR itu rata-rata menyampaikan dakwaan bekas ahli Parlimen PKR yang mana mereka ditekan dan disogok oleh individu-individu tertentu.

Ahad lalu, Anwar memberitahu beliau akan bertemu dengan Azam bagi membincangkan isu-isu berkaitan rasuah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SPRM beri jaminan siasat dakwaan ugutan, sogokan ahli Parlimen – Anwar

1 Komen

  1. Bagus prestasi Datuk Seri Azam Baki ni, tak macam SPRM dizaman Pakatan Hancing!

    Harap Datuk Seri dapat mengarahkan orang2nya supaya lebih aggressive di Pulau Pinang dan Selangor khususnya.

Comments are closed.