Jeck Seng

PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan membawa isu kempen anti-minyak sawit ke peringkat tertinggi iaitu peringkat panel sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan Kesatuan Eropah (EU).

Timbalan Menteri Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, KPPK  masih menilai jawapan dan maklum balas daripada EU menerusi konsultasi yang diadakan secara maya pada 17 Mac yang lalu.

“Katakanlah kementerian tidak puas hati, kita akan ke peringkat tinggi untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini kita masih kaji. Kita nak kumpulkan jawapan dan maklumat dan kaji.

“Kalau kita tidak puas hati maka KPPK akan ambil tindakan susulan lebih tinggi adalah peringkat panel,” katanya ketika sidang media.

Wee berkata demikian pada Majlis Anugerah Usahawan Baharu Bumiputera Sektor Perkayuan di bawah Program VenTureS yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Kerajaan jamin tindakan terhadap EU ikut prosedur WTO

Baru-baru ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memberi jaminan jaminan bahawa sebarang tindakan susulan kelak akan diambil selaras dengan peraturan dan prosedur yang telah digariskan di bawah Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Untuk rekod, konsultasi yang berlangsung itu diadakan susulan permohonan kerajaan sebelum ini supaya ia diadakan melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian (DSM) di bawah WTO.

Delegasi Malaysia diwakili oleh Mohd Khairuddin dan KPPK, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar Negar,  Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan agensi lain berkaitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast