MGNews : Muda Tidak Mahu Isu Kartel PDRM Senyap Begitu Sahaja

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak hanya membuat siasatan secara dalaman semata-mata mengenai kewujudan kartel cuba menjatuhkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Sebaliknya, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya, Tarmizi Anuar mahu satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi memastikan dalang yang terlibat dengan kartel itu dikenakan tindakan sewajarnya.