KUALA LUMPUR – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan berita tular kononnya suspek dikehendaki iaitu Dato’ Seri Nickyi Liow Soon Hee telah berjaya ditangkap.
“Pihak Polis Johor mengesahkan bahawa berita tersebut adalah tidak benar dan palsu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mneurut Ayob Kan, usaha mengesan suspek untuk siasatan sindiket pengubahan wang haram dan kesalahan kumpulan jenayah terancang itu masih diteruskan supaya dia dapat dibawa ke muka pengadilan.
Beliau jua menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihahnnya kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette