Sorang wakil AWM terpilih ke Akademi Mokhtar Dahari dan 23 pemain mewakili Akademi Tunas sejak 2018.

KUALA LUMPUR – Atas dasar keprihatinan, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman tampil memberi sumbangan kepada sebuah akademi bola sepak yang berdepan kesukaran meneruskan kelangsungan operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Januari lalu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, Akademi Bola Sepak Wira Muda yang terletak di parlimennya itu berada di dekat di hatinya kerana telah melahirkan ramai bakat baharu hingga terpilih ke Akademi Mokhtar Dahari dan Akademi Tunas.

Apatah lagi sejarah penubuhan akademi itu sejak tiga tahun lalu mempunyai nilai sentimental kerana pihaknya turut membantu membekalkan barangan dan peralatan latihan seperti bola dan tiang gol sebelum ini.

“Sejak 2018, saya mengikuti perkembangan akademi bola sepak ini sehinggalah baru-baru ini terdapat seorang wakil AWM terpilih ke Akademi Mokhtar Dahari dan 23 pemain mewakili Akademi Tunas dan saya sangat berbangga dengan pencapaian pelatih di akademi ini

“Akademi ini juga sangat dekat di hati saya kerana pelbagai sumbangan telah disalurkan seperti peralatan latihan, tiang gol, kabin untuk kegunaan pejabat dan surat demi pembangunan selain membantu dalam penganjuran beberapa kejohanan liga bola sepak bawah 10 tahun, 12 tahun dan 15 tahun.

“Saya yakin pembangunan sukan bola sepak khususnya di daerah Nibong Tebal amat berpotensi menghasilkan pemain pelapis yang berkualiti untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mansor Othman merasmikan kabin Akademi Bola Sepak Wira Muda di Mara Excenllent Centre (MEC) di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Beliau baru-baru ini merasmikan kabin sumbangannya kepada AWM di Mara Excenllent Centre (MEC) di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan wang RM10,370 kepada akademi berkenaan bagi meneruskan operasi.

Othman juga amat berharap semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan masyarakat menyokong usaha murni ini AWM dalam melahirkan pelapis bola sepak bermula dari peringkat akar umbi.

“Tidak lupa juga terima kasih kepada Pengarah MEC), Syed Saifuddin Syed Ahmad yang banyak menyokong program AWM dan memberikan kemudahan menggunakan kemudahan yang ada di MEC .

“Alhamdulillah baru-baru ini akademi ini juga berjaya menyiapkan padang bola yang lengkap dengan lampu limpah untuk latihan di waktu malam.

“Saya berharap Pengerusi AWM, Shaik Awish Alkirani Shaik Haronarashib dan barisan jurulatih akan bekerja lebih keras lagi bagi memastikan pelatih-paletiah di AWM boleh kerjayaan pada tahap yang maximum,” katanya. – MalaysiaGazette

Mansor Othman turut menyampaikan sumbangan wang RM10,370 kepada Akademi Wira Muda.