GEORGE TOWN – “Rindu nak lihat pasukan bola sepak Pulau Pinang (Penang FA) kembali juara macam zaman dulu”.

Itu hasrat bekas pemain negara Datuk Shukor Salleh ketika diminta mengulas mengenai pencapaian Penang FA ketika ini.

Datuk Shukor Salleh.

Beliau yang juga Penaung Penang Kickers berkata, Penang FA perlu mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu yang sebelum ini berjaya menghasilkan ramai pemain berbakat.

“Suka saya ingatkan bekas pemain bola sepak Pulau Pinang yang menyinar bukan hanya pada peringkat negeri malah mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Kita nak lihat pasukan bola sepak Pulau Pinang menggalas gelaran juara seperti nama zaman kegemilangannya dulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bagan Jermal di sini hari ini.

Datuk Shukor Salleh (dua dari kiri) bersama isterinya, Datin Radziah Arshad serta anak-anaknya.

Dalam perkembangan lain, Shukor memberitahu buku biografi mengenai dirinya dan beberapa lagenda sukan akan dilancarkan pada Mei ini.

“Penulis buku boigrafi itu mengenai saya dan rakan-rakan dalam arena sukan dan penulisnya kini dalam proses melengkapkan untuk penerbitan,” ujar Shukor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast