Vaksin AstraZeneca. foto Reuters

LONDON – Sebanyak 30 kes kejadian pembekuan darah dikenal pasti selepas penerima diberi suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca, kata pengawas selia Britain.

Jumlah itu adalah 25 kes melebihi daripada yang dilaporkan.

Badan Pengawalselia Produk Ubat dan Kesihatan Britain berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian pembekuan darah berikutan penggunaan vaksin yang dibuat oleh BioNTech SE dan Pfizer Inc.

Namun, pihaknya masih percaya manfaat vaksin dalam pencegahan Covid-19 jauh lebih besar daripada kemungkinan risiko pembekuan darah

Beberapa negara sudah menyekat penggunaan vaksin AstraZeneca sementara yang lain masih meneruskan inokulasi walaupun penyiasatan terhadap laporan pembekuan darah yang jarang berlaku masih diteruskan.

Pada 18 Mac, pengawal selia ubat-ubatan Britain memaklumkan terdapat lima kes pembekuan darah otak yang jarang berlaku dalam kalangan 11 juta penerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, pada hari Khamis, pihaknya memaklumkan sebanyak 22 laporan trombosis sinus vena serebral, penyakit pembekuan otak yang sangat jarang berlaku dan 8 laporan kejadian pembekuan lain yang berkaitan dengan platelet darah rendah daripada sejumlah 18.1 juta dos yang diberikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast