Bersatu dan Pas membuat persiapan menghadapi PRU15 tanpa UMNO.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas Perak akan menubuhkan jawatankuasa bersama tanpa UMNO dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU).

Keputusan itu dinyatakan kedua-dua pemimpin parti itu di peringkat negeri iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Razman Zakaria dalam kenyataan bersama hari ini.

Kedua-dua pemimpin menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh barisan Kabinet beliau.

Selari dengan itu, kedua-dua parti telah mengenalpasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri dan membentuk jawatankuasa manifesto bagi Perikatan Nasional Negeri Perak.

“Tanpa memberi fokus kepada keputusan parti lain, kami bersependapat untuk terus melangkah bersama demi perpaduan, kestabilan politik dan kepentingan agama Islam, bangsa dan negara,” kata mereka.

Kedua-dua pemimpin juga menyatakan kesetiaan untuk terus mendokong kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan, tidak terlalu berpolitik dan akan menitik beratkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kami berharap, semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama sekali ketika mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan,” kata mereka. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Kannnn… konon2 bang long la sgt. Canang merata berani jalan sorg sorg. Skang kita tgk bang long berani ka tak jalan sorg.

Comments are closed.