Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Walaupun semua rakyat sudah hampir bebas namun mengapa Dewan Rayat masih dibelenggu?

Itu persoalan dibangitkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Twitternya hari ini

“Semua pelajar sudah kembali ke sekolah tadika, rendah dan menengah. Termasuklan anak dan cucu-cucu saya. Hidup kembali kepada suasana biasa namun mesti ikut SOP (prosedur operasi standard).

“Yang luar biasa hanya Parlimen. Walau semua rakyat sudah hampir bebas, Dewan Rakyat masih dibelenggu. Mengapa, apa sebab, why?” soal Setiausaha Agung UMNO itu lagi.

Ahmad Maslan sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan perlunya sidang Dewan Rakyat dibuat memandangkan penularan pandemik dan darurat tidak menghalang proses demokrasi cuma perlu mematuhi SOP.

Terdahulu Ahmad bnerkata dalam sehari ratusan atau ribuan pelajar serta tenaga pengajar berada dalam enam ke lapan jam tempoh keberadaan di sesebuah sekolah.

“Harap jaga SOP dengan ketat. Kerajaan sedar berkumpul di sekolah sudah bukan jadi masalah ketika Covid-19. Kemudian nanti sekolah akan jadi pusat mengundi. Kenapa Parlimen masih tutup?” soalnya.

Semalam, pelajar Sekolah Menengah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu telah memulakan sesi persekolahan manakala di negeri lain dibuka hari ini.

Pada 3 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan memutuskan bahawa masih tiada lagi keperluan Sidang Dewan Rayat diadakan ketika tempoh darurat atas alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan Covid-19 di dalam bangunan Parlimen.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tidak dinafikan bahawa persidangan parlimen merupakan tunjang kepada pemerentahan demokrasi.

    Namun jika dinilai dari apa yg berlaku di persidangan parlimen yang lepas dan di dalam keadaan negara menghadapi ancaman pandemic covid-19 serta kedudukan ekonomi negara yg “merudum” ini, saya berpendapat ia sangat TIDAK SESUAI UTK DIADAKAN BUAT MASA SEKARANG INI.

    Apa faedahnya persidangan dilaksanakan jika ia akan dipenuhi dengan suasana pekik memekik, kata nista, maki hamun dengan perkataan2 yg tidak wajar keluar dari mereka yg “dihormati” – dlm istilah parlimen “unparliamentary words” dan sebagainya.

    Kekadang sebagai rakyat yg sangat inginkan pembelaan terasa sangat teruja dengan hujah2 yg disampaikan oleh sesetengah MP kita dengan bersandarkan kata-kata hebat – “denyut nadi rakyat di akar, demi bangsa dan negara” dan sebagainya yg penuh dgn idea-idea yg menyakinkan dapat membantu rakyat……..alih-alih semasa mengundi kepada isu berkenaan, beliau mengundi perkara yg bertentangan langsung dengan apa yg dihujahkan. Walau apa alasannya, ramai rakyat mempersoalkan kreadibliti MP seumpama ini.

    Untuk itu tidak perlulah dibangkitkan soal mengapa sesi parlimen tidak diadakan sekarang ini. Jadikan masa yang terluang ini untuk semua MP kita merenung sejenak akan “peristiwa-peristiwa” yg berlaku di parlimen di masa lalu serta berazan untuk memperbaikinya demi “rakyat dan sebagaimana yg dilaung-laungkan.

    BERUBAH LAH…..rakyat terlalu inginkan agar MP kita semua betul2 menggunakan setiap sesi parlimen dipenuhi dengan mengembeling minda untuk membantu dan menaikkan ekonomi negara. Berhujahlah dengan penuh sopan, berdisplin, penuh hemat serta “berakal”. Tidak perlu dengan ucapan yg berapi-api bagi mendapat gelaran “hebat” berpidato, tapi isinya KOSONG bagi faedah rakyat.

    Menyingkap kepada usaha kerajaan di dalam mengurangkan kesan dari serangan epidemic covid 19 dalam keadaan darurat, kita sepatutnya berasa “sedikit” lega kerana segala usaha yg dilakukan telah menampakkan kesan pengurangannya – dari kes yg melebihi 5,000 sehari di awal tahun baru-baru ini, kini sudah berkurangan kepada angka sekitar 1,000 kes sehari. Dengan adanya program suntikan viksin secara percuma anjuran kerajaan, kita mengharapkan agar negara kita bebas dari serangan epidemic tersebut di dalam masa yang terdekat ini. Namun kerajaan tidak harus terlepas pandang kepada mereka yg memperkecilkan usaha tersebut oleh sebilangan ahli masyarakat yang tidak bertanggungjawab “meracuni” fikiran rakyat melebelkan dengan pelbagai andaian di media2 sosial. Jangan pilih bulu serta bimbang kpd penilaian orang – TANGKAP DAN DAKWA mereka berkenaan “without fever or fear”.

    Alhamdullilah – kerajaan di lihat berjaya menangani penularan wabak tersebut, tetapi terlalu perlahan di dalam bidang meningkatkan ekonomi kesan dari serangan epidemic tersebut.

    Sejak akhir2 ini ada saja berita para pelabur berpindah arah dengan membawa peluang ekonomi ke negara jiran. Manakala menteri berkenaan dikatakan telah memberi pelbagai alasan terhadap fenomena berkenaan. Jika benar, keadaan tersebut merugikan negara dan setentunya usaha untuk meningkatkan ekonomi negara dalam jangka waktu yang sesingkat mungkin akan tidak berkesan. Jika perlu, pilih saja ahli ekonomi yg berwibawa dan tersohor utk mengetuai kementerian berkenaan bagi membantu memacu ekonomi negara selaras dengan salah satu tujuan “darurat”

    Sesungguhnya rakyat sangat terkesan dengan serangan wabak ini dan mengharapkan usaha-usaha kerajaan mendatangkan hasil di dalam meningkatkan kesihatan dan ekonomi rakyat keseluruhannya.

Comments are closed.