Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak naik dalam dagangan awal hari ini berikutan nilai matawang dolar Amerika Syarikat (AS) susut, sekali gus menjadikan belian minyak mentah semakin menarik.

Kenaikan ini mengatasi kerugian lebih dari 4% semalaman dengan prospek pengeluar mengembalikan lebih daripada 2 juta tong sehari dalam pasaran menjelang bulan Julai.

Niaga hadapan Brent melonjak sebanyak AS$0.83 atau 1.3% kepada AS$62,.98 setong pada 0012 GMT, selepas jatuh 4.2% pada hari Isnin.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) juga naik AS$0.80 atau 1.4% kepada AS$59.45 setong, selepas jatuh 4.6% pada hari Isnin.

“Dolar AS yang lebih lemah adalah penyumbang dan membantu meningkatkan keyakinan pertumbuhan,” kata Michael McCarthy, Ketua Strategi Pasaran dan Pembrokeran CMC.

Matawang dolar jatuh 0.4% berbanding sekumpulan mata wang pada hari Isnin dan merosot sedikit lebih jauh pada hari Selasa.

Harga minyak biasanya naik ketika dolar jatuh kerana dolar AS yang lemah menjadikan harga minyak dalam urus niaga dolar lebih murah bagi mereka yang memegang mata wang lain. – MalaysiaGazette