Waytha Moorthy. Foto AFFAN FAUZI.

KUALA LUMPUR – Tindakan memutarbelit fakta serta melakukan provokasi tanpa menyedari implikasi yang merugikan masyarakat bukan sesuatu baharu buat P. Waytha Moorty.

Malah bukanlah sesuatu yang menghairan apabila gimik murahan dilakukan oleh Presiden Advancement Party (MAP) untuk kekal relevan dalam politik tanahair.

Itu luahan Bendahari Pemuda MIC Kebangsaan, K. Kesavan dengan tindakan bekas pemimpin Hindraf itu yang seolah-olah memberikan maklumat salah kepada umum mengenai kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran mengenai isu kuil-kuil di negara ini.

Kesavan Kandasamy

“Waytha mengutuk kenyataan Tan Sri Vigneswaran, kononnya MIC hendak membodohkan rakyat lagi. Siapa yang bodohkan siapa sebenarnya wahai bekas menteri?

“Anda juga satu ketika dahulu memperjuangkan isu-isu berkaitan kuil tetapi apabila anda berkuasa, anda diam pula ketika pelbagai isu berkaitan rumah ibadat masyarakat India di negara ini, apa jadi dengan insiden kuil Seafields? Lupakah kamu?

“Kami tidak lupa, rakyat tidak lupa. Cukuplah main politik seperti ini. Selepas hilang kuasa kamu hilangkan diri kini mahu kekal relevan jadi gunakan MIC sekali lagi? Untuk apa? Agenda politik yang sama guna satu ketika dulukah?” soalnya kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangan bina kuil sesuka hati, kemudian salahkan pihak yang meroboh

Pada Sabtu lepas, Vigneswaran membuat teguran terhadap segelintir masyarakat India yang bertindak membina kuil di tanah orang lain yang mengakibatkan ianya dirobohkan pada satu waktu.

Teguran itu kemudian digunakan oleh Waytha kononnya MIC tidak akan membela nasib kuil-kuil di Malaysia.

Jelas Kesavan lagi, Vigneswaran secara jelas lagi memberi teguran supaya kuil-kuil yang baru dibina mengikut prosedur supaya insiden berkaitan perobohan kuil di tanah orang lain tidak akan berlaku.

“Ini bukan perkara baharu malah selama ini MIC yang lantang sekali. Ketika pembangkang seperti Waytha dalam Hindraf cakap besar namun apabila rakyat undi mereka akhirnya kena tipu juga.

“Saya ingin sekolahkan Waytha sebenarnya, biarlah saya betulkan kekhilafan anda. Tan Sri Presiden memberi komitmen beliau dengan menyatakan pendirian parti bahawasnya MIC akan tetap  mempertahankan kuil-kuil di Malaysia.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. betul laa apa yang Vigneswaran cakap, nak buat kuil kena la tempat yang sesuai agar tak jadi lagi kes kuil dirobohkan, buat merta rata bila kena roboh bising. padahal salah sendiri yang main buat sesuka hati je. jangan itu macam kawan. ikut la prosuder yang ditetapkan

  2. Ini worang dari dulu sampai sekarang jadi batu api jugak. Dulu kasi pecah belah org Malaysia sampai ke luar negara. Lepas tu ini worang jd Menteri Perpaduan pulak? Dia kasi pecah belah worang boleh la thambi. Sekarang mau kasi cucuk cucuk sama worang lagi. MIC, keep on doing your duty about temple. Follow procedures, semua worang pun hepi.

Comments are closed.