Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada istilah UMNO 1.0, 2.0 atau 3.0 kerana parti iti tidak ada siri.

Sebaliknya, yang pasti dalam UMNO, No Anwar, No DAP.

Beliau menyifatkan ada pihak yang mereka-reka cerita dengan mendakwa wujud UMNO 3.0.

”Umno 3.0?….tak habis habis dgn tektik mereka-reka cerita.Langsung tak takut berdosa. Umno tidak ada siri.Tiada 1.0,2.0 atau 3.0,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Ahli Parlimen Ketereh itu mengingatkan mana-mana pihak usah cuba mengalihkan pemikiran ahli-ahli UMNO semata-mata mahu membebaskan diri daripada mereka yang mahu memperalatkan parti untuk diri sendiri.

Jelasnya, parti itu cuma mahu kepastian mereka yang membohongi ahli-ahli parti.

UMNO cuma tidak mahu keputusan parti dinodai kepimpinan sendiri dan tidak mahu kerana individu, parti ini dibenci dan kalah lagi dalam Pilihan Raya Umum nanti.

Tegasnya, UMNO parti yang kuat tetapi tindakan pemimpin yang menyebabkan parti ini ditolak rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast