KUALA LUMPUR – Sekumpulan anggota UMNO Bahagian Wangsa Maju hari ini menyerahkan laporan salah laku Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo kepada Lembaga Disiplin.

Jurucakapnya, Abdul Razak Hasan berkata, langkah itu diambil bagi mendesak UMNO mengambil tindakan disiplin termasuk menggantung keahlian Wan Muhammad Azri kerana melanggar etika Perlembagaan parti itu.

“Setelah meneliti hantaran-hantaran beliau di Facebook miliknya, kami dapati beliau telah melanggar etika perlembagaan (Fasal 20.8).

“Beliau tidak mematuhi arahan jawatankuasa pengurusan UMNO Malaysia yang telah dikeluarkan melalui setiausaha agung UMNO pada 8 april 2021.

“Beliau memegang jawatan besar dalam parti sepatutnya menggunakan platform yang sebenar dan bukannya menggunakan media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam laporan salah laku itu, Wan Muhammad Azri didakwa melakukan pelanggaran etika Perlembagaan UMNO secara terang-terangan menggunakan saluran bukan parti, iaitu Facebook miliknya, bernama Muhammad Azri sama ada dalam bentuk kenyataan bertulis mahupun rakaman video.

Hantaran itu antara lain didakwa cuba memujuk akar umbi dan pemimpin UMNO untuk bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedangkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 baru-baru jelas menolak kerjasama itu pada PRU15.

“Semua sedia maklum PAU 2020 telah pun berlangsung pada 27 Mac dan 28 Mac 2021.

“Keputusan yang telah ditetapkan oleh seluruh perwakilan iaitu No PPBM, No DAP dan No PKR.

“Namun begitu beliau dilihat masih cuba untuk membawa UMNO untuk bersama PPBM,” katanya.

Antara 12 pautan hantaran Wan Muhammad Azri Wan didakwa melanggar etika Perlembagaan UMNO seperti senarai di bawah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2650777611880539&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2650583655233268&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2650187355272898&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2650162231942077&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2649375542020746&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2649272255364408&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2649090505382583&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2648166432141657&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2647704425521191&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2646643592293941&id=100008449784275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2646519932306307&id=100008449784275

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. No DAP No PKR tapi boss korang yes Anwar/PKR tak pulak nak buat aduan. apa nak jadi dgn parti terbesar melayu ni…dah macam kecik aku tengok.

  2. Bodoh punya Nak Tumbersara ni…ni keputusan PAU laaa..bukan keputusan presiden..kalau betul presiden langgar ketetapan PAU, presiden pun boleh dipecat. Yg kecoh sangat ni apahal…membosankan

  3. Amno ni,pi mai pi mai tang tu laaa jugak.Pusing sana pusing sini.Last-last PENING memanjang..

  4. BESAR kesahihan TULEN audio: Zahid-Anwar. Kerjasama dilakukan serta ZAHID MELAKUKAN PENIPUAN kepada lebih 3JUTA AHLI UMNO. PENIPUAN merupakan satu kesalahan JENAYAH.
    Kesalahan JENAYAH bukan sekadar TERHAD kepada PENIPUAN SONGLAP DUIT semata-mata dari itu PDRM boleh terus menyiasatnya.
    Rakaman itu seperti ZAHID sendiri yang mengekplotasikan disebabkan ruangan PAU tidak mengizinkannya untuk bercakap benar. Ini juga seperti ZAHID tidak menggunakan saluran yang betul, moralnya keahlian ZAHID perlu digantung atau digugurkan kerana kesannya boleh mengalahkan calon BN yang lain dalam PRU15 termasuk BELATUK DI BAGAN DATUK.

  5. Apakah nasib papagomo akan sama seperti dato lokman? ya! mungkin, bercakap atau mengkritik berkenaan institusi presiden UMNO seolah olah satu kesalahan besar dlm dalam perlembagaan UMNO. Sehinggakan timbul audio Zahid/Anuar pun ahli UMNO tak boleh pertikaikan. Apa masalah UMNO sekarang ni pun tak tahu lah cakap apa makin hari makin kucar kacir dibuatnya drpd surat sokongan zahid kpd dsai sampailah kpd audio. Suadah jelas UMNO kini dirosakan oleh pemimpin yang hanya pentingkan diri drpd membawa UMNO ke arah kebaikan dan pemulihan.

Comments are closed.