Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop bagi menetapkan bulan Syawal semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. - Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan ahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa 13 hb. April 2021,” katanya. – MalaysiaGazette